Jutawan Gedik | Siri 23

Banglo kucing

SEPANJANG perjalanan pulang dari TV13, kumpulan 3K tidak langsung bercakap. Muramnya muka bagaikan mi terkurang kicap, sungguh tidak berseri dan pucat. Masing-masing bagaikan berkabung mengingati kematian cicak tokek yang sungguh dahsyat. Ia mati disalai lampu sport light. Manakala seekor lagi cicak tidak dijumpai langsung walaupun seluruh kawasan TV13 sudah diperiksa setiap sudut dan setiap saat.

Cikgu Putra sendiri mengetap bibir berkali-kali sebelum membuat pengumuman tentang destinasi seterusnya bagi minggu ini. Dia menarik nafas, cuba untuk tidak mempamerkan emosi. Di dalam bas Sekolah Sri Bangsar, semua pelajar kelihatan membuang pandang ke sisi. Menikmati pemandangan sepanjang jalan pada waktu jam menunjukkan pukul 11.00 pagi.

SEPANJANG perjalanan pulang dari TV13, kumpulan 3K tidak langsung bercakap.
Muramnya muka bagaikan mi terkurang kicap, sungguh tidak berseri dan pucat.
Masing-masing bagaikan berkabung mengingati kematian cicak tokek yang sungguh dahsyat. Ia mati disalai lampu sport light. Manakala seekor lagi cicak tidak dijumpai langsung walaupun seluruh kawasan TV13 sudah diperiksa setiap sudut dan setiap saat.
Cikgu Putra sendiri mengetap bibir berkali-kali sebelum membuat pengumuman tentang destinasi seterusnya bagi minggu ini. Dia menarik nafas, cuba untuk tidak mempamerkan emosi. Di dalam bas Sekolah Sri Bangsar, semua pelajar kelihatan membuang pandang ke sisi. Menikmati pemandangan sepanjang jalan pada waktu jam menunjukkan pukul 11.00 pagi.
“Baiklah pelajar semua. Terlanjur kita mahu kembali ke sekolah, kita akan melalui rumah kediaman Amanda Krishna. Jadi ada permintaan khas supaya kita singgah sebentar. Kita akan lihat pula operasi kumpulan Wonderpet bagi mencapai RM 1 juta.”

Pengumuman Cikgu Putra rata-rata disambut baik oleh semua. Hanya The Wannababes membuat muka. Mereka sudah terbayang, betapa ruginya masa berharga. Sepatutnya hujung minggu ini mereka sudah mula operasi meminta derma. Sepatutnya petang ini mereka ada separuh hari lagi sekiranya mahu ke KLCC dan melihat potensi penderma Malaysia!

0 comments:

Post a Comment