Jutawan Gedik | Siri 17

Jualan Cicak Tokek
 Wobert Wiok membuka pintu bilik dengan keluhan demi keluhan. Pulang dari banglo milik keluarga Fasha dan menyaksikan The Wannababes menjalankan perniagaan salon remaja, membuatkan Wobert Wiok lemah tidak terkira. Lebih-lebih lagi apabila Cikgu Putra sendiri mengumumkan kumpulan The Wannababes kini mendahului semua.

Memang benar! Kumpulan tujuah orang gadis cantik yang pada mulanya dianggap bukan saingan sengit, kini mula menunjukkan taring. Mereka mampu merencana perniagaan yang unik. Punya  unique selling point yang tersendiri. Ya! Belum pernah lagi wujud salon khas untuk remaja. The Wannababes jelas sekali menjadi pelopornya.

Paling bahaya, The Wannababes sudah mula menjana pendapatan. Walaupun masih jauh daripada sasaran RM1 juta, ia tetap sejumlah duit yang berjaya dikumpulkan. Apabila mencerminkan diri sendiri, Wobert Wiok tepuk dahi. Kumpulan 3K yang membawa maksud 'Kumpulan Kami Kaya' di bawah pimpinannya masih belum berjaya mengumpul apa-apa. Satu sen pun tiada! Bukan kaya, tetapi kayap semata-mata!

Lama Wobert Wiok duduk berteleku di atas katil. Berkerut-kerut dahinya memikirkan solusi masalah yang melanda. Mata menjeling sangkar hitam yang menempatkan punca pendapatannya yang sebenar. Cicak-cicak tokek yang dikatakan mampu dijual dengan harga ratusan ribu ringgit itu masih tetap disitu. Masih belum dijual. Masih belum ditukarkan dengan wang ringgit berkepuk-kepuk yang sentiasa dibayangkan.

"Aku mesti jual cicak tokek sekarang juga! Aku tidak boleh berlengah lagi! Tidak boleh menunggu cicak bertambah berat semata-mata mahu kaut keuntungan berganda. Kini masa makin suntuk dan aku perlu bertindak segera!" Tiba-tiba Wobert Wiok mengumam kata sambil menggenggam penumbuk sulungnya. Dia nekad dan membulat niat. Dia perlu cari jalan menjual cicak tokek dengan segala kudrat. Dia mahu memastikan kumpulan lain jauh ketinggalan dan hanya 3K berada dipuncak terhebat!

Dengan segera telefon bimbit dicapai. SMS pemberitahuan dihantar dengan pantas. Semua ahli dipanggil supaya berkumpul dan persidangan diadakan dengan seberapa segera. Agenda utama, cicak tokek mesti dijual segera!

Proses penulisan semula sedang dilakukan untuk memenuhkan setiap siri. Harap bersabar ye. Silalah jengok2 selalu :)

0 comments:

Post a Comment